Saturday 18 August 2012

Kisah Nurul yg muntah2 :(



alahai...
asyik muntah jer...tak habis2 muntah aku nih..... bila ntah nak berenti muntah...naik lemau dah badan nih bila muntah tak berhenti satu hari nih..... rasa nak berbaring sebelah sinki pun ada...sebb tak larat nak ulang alik..ulang alik pi kat sinki..... naik sempit dada nih bila makanan dan minuman yang dimakan seperti di pam2 untuk keluar secara paksa..... danplaing pedih bila darah mengambil alih setelah tiada lagi isi perut yang boleh dimuntahkan.... aduyaiiiiiii:_(

niat di hati ni nak masak spegeti hari nih...... tapi akhirnya..spegetti dalam hati jerlah.....jangan kata nak kuar beli spegetti.....nak bawa diri kat sinki pun tak mampu.... ni duk terbaring depan tb jer lah....huhuhuhu:{ 

rasa tak sabar plak nak admit spital..... huhuhu...siyus penat.....tak larat sangat2 dah...bukan nak mengeluh.... tapi mmg siyus!!!! tak mampu dah rasa..... huhuhuhu:((

dah abis saba dah bila org dok kata "sabar lah....." saboooooo dah nih,,,,kalau tak asa mcm nak terjun bangunan pun ada...waaaaaaa (~~') 

nak wat mcmna lagi erk taknak bagi muntah??? ubat yang doktor bagi pun tak jalan..... air penawar dah segala mcm dah rasa..... tapi.....buntu!!!!!!!!!! 

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

"ya Allah jadikan lah daku hamba MU yang tabah untuk menghadapi ujian dan dugaan MU ini tuhan ku......sungguh aku tak mampu,,,,,sungguh aku dah tak daya,,,,,,, jangan Engkau menguji daku lebih dari kemampuan ku tuhan ku......."

Perkara Yang Lelaki Suka Pada Wanita



                                              Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ini ingin Kasih Suci ceritakan beberapa perkara yang buat lelaki suka dan tertarik terhadap wanita. Bagi wanita yang belum berpunya pastikan anda semak perkara di bawah ini.
1.Tubuh menarikBagi wanita yang memiliki tubuh menarik gaya model jagalah  tuduh kalian kerana apabila kamu semakin montel agak susah kamu untuk menarik perhatian lelaki. Walau ada lelaki sukakan wanita bertubuh besar namun ramai yang lebih tertarik pada yang bertubuh cantik tinggi dan langsing persis model.
2.Sentiasa tersenyum saat berbicara- Berbica dan diselangi dengan senyuman manis bisa buat jejaka tertarik hati. Tapi jaga-jaga jangan terlebih senyuman sampaikan anda dianggap kurang siuman.
3.Lemah-lembut-perwatakan lemah lembut gaya wanita melayu terakhir bisa mencairkan hati lelaki. Tapi AWAS kerana lelaki tak suka wanita yang gedik dan mengada-ngada. Lemah lembut dan gedik adalah berbeza tau.
4.Matang-Lelaki tidak suka wanita yang keanak-anakan. Wanita perlu matang dalam percakapan dan tindakannya.
5.Beri sedikit kebebasan-Berilah sedikit kebebasan kepada pasangan agar dia tak rasa dirinya terkongkong. Sesekali jika dia mahu keluar minum bersama rakan-rakan tak salah  jika kamu membenarkan kerana lelaki juga perlu berkawan dan berbual bersama kawan lelaki dia.
6.Belajar memasak-Wanita akan kelihatan ‘cacat’ jika tidak tahu memasak. Walau lelaki tak kisah untuk makan di luar jika pasangannya tak boleh memasak tapi jika wanita pandai memasak itu lebih memberi kredit buat wanita itu.
7.Pendengar setia- Lelaki memerlukan seorang pendengar setia dalam hidup mereka. Jadilah sahabat dan pendengar setia kepada si dia. Walau tak mampu membantu dan memberi nasihat namun mendengar saja sudah cukup membuat dia menghargai kamu