Saturday 18 August 2012

Perkara Yang Lelaki Suka Pada Wanita



                                              Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ini ingin Kasih Suci ceritakan beberapa perkara yang buat lelaki suka dan tertarik terhadap wanita. Bagi wanita yang belum berpunya pastikan anda semak perkara di bawah ini.
1.Tubuh menarikBagi wanita yang memiliki tubuh menarik gaya model jagalah  tuduh kalian kerana apabila kamu semakin montel agak susah kamu untuk menarik perhatian lelaki. Walau ada lelaki sukakan wanita bertubuh besar namun ramai yang lebih tertarik pada yang bertubuh cantik tinggi dan langsing persis model.
2.Sentiasa tersenyum saat berbicara- Berbica dan diselangi dengan senyuman manis bisa buat jejaka tertarik hati. Tapi jaga-jaga jangan terlebih senyuman sampaikan anda dianggap kurang siuman.
3.Lemah-lembut-perwatakan lemah lembut gaya wanita melayu terakhir bisa mencairkan hati lelaki. Tapi AWAS kerana lelaki tak suka wanita yang gedik dan mengada-ngada. Lemah lembut dan gedik adalah berbeza tau.
4.Matang-Lelaki tidak suka wanita yang keanak-anakan. Wanita perlu matang dalam percakapan dan tindakannya.
5.Beri sedikit kebebasan-Berilah sedikit kebebasan kepada pasangan agar dia tak rasa dirinya terkongkong. Sesekali jika dia mahu keluar minum bersama rakan-rakan tak salah  jika kamu membenarkan kerana lelaki juga perlu berkawan dan berbual bersama kawan lelaki dia.
6.Belajar memasak-Wanita akan kelihatan ‘cacat’ jika tidak tahu memasak. Walau lelaki tak kisah untuk makan di luar jika pasangannya tak boleh memasak tapi jika wanita pandai memasak itu lebih memberi kredit buat wanita itu.
7.Pendengar setia- Lelaki memerlukan seorang pendengar setia dalam hidup mereka. Jadilah sahabat dan pendengar setia kepada si dia. Walau tak mampu membantu dan memberi nasihat namun mendengar saja sudah cukup membuat dia menghargai kamu

1 comment: