Monday 20 August 2012

kerana kau perempuan! untukmu seorang adik. =)



Syukur atas segala limpah kurnia-MU, atas segala rahmat-MU, atas segala redha-MU… dan atas lindungan-MU kepada seluruh hamba. Tak terucapkan, bagaimana harus digambarkan atas segala nikmat Maha Pencipta.

Ini catatan untuk seorang adik, dan… juga sebenarnya untukmu sekalian adik-adik insan awek-awek. Dalam dunia fana ini you all we all tak boleh lari dari dua perkara. Apa saja yang you all we all lakukan, pasti akan bertemu dengan dua perkara, dua hal. Dua perkara yang berlawanan, dua perkara yang mempunyai impak berlainan, dua perkara yang you all we all mungkin akan pilih salah satu daripadanya.

Namun, ada perkara yang akan datang tanpa dipilih. Hidup lawannya mati! Kenapa you all we all hidup dan kenapa you all we all mati? Hidup kerana-Nya dan mati juga kerana-Nya.

Adik, kerana kau perempuan… hidupmu penuh dengan dugaan – sejak dulu, kini dan mungkin juga selamanya. Aku tahu, sepanjang-panjang jalan penuh derita ini kau asyik bertanya, mengapa dan kenapa kau alami sedemikian rupa. Aku tak ada jawapannya! Hanya Maha Pencipta Maha Mengetahui, dan aku pasti kau tahu akan semua itu.

Adik, kerana kau perempuan… puluhan tahun kau gagah meredah jalan berliku, penuh onak dan duri, disirami caci dan maki, tak lekang dek sepak terajang. Aku cuma simpati, tak mampu untuk kucuci seluruh luka hatimu. Kau kuat bertahan hampir sepanjang usia, namun jangan pula kau kecundang di hujung jalan, lalu membiarkan perjuangan hidupmu selama ini sia-sia. Aku tahu, kau tahu bahawa Tuhan Maha Mengasihi Maha Mengasihani. Namun atas segala derita yang diberikan ini, bukan bermakna tiada lagi kasih sayang untukmu. Memang mungkin kau lihat tiada sesiapa menyayangimu dalam kehidupan sepi ini, tapi aku tahu kasih sayang sentiasa subur dalam hatimu.

Adik, kerana kau perempuan… aku tahu kau kesepian walau kau berdiri di tengah keriuhan. Senyummu entah apa maknanya, gurau-sendamu sukar dibaca… tapi, aku tahu ada sejuta rahsia tersembunyi di sebalik jasadmu. Semalam, kau tersungkur! Tersungkur dek kekuatan yang semakin pudar. Sejuta doa kepada Maha Pengasih lagi Maha Penyayang moga kau bangkit semula.

Adik, kerana kau perempuan, aku tak mahu kau menjadi srikandi kecundang!

No comments:

Post a Comment